Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan ketua LTA akan terajui SMRT

Mar 19, 2022 | 05:30 AM



KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) SMRT, Encik Neo Kiang Hong, akan meletak jawatan setelah empat tahun menerajui syarikat pengangkutan itu, menjadikan tempoh perkhidmatannya lebih pendek dari pendahulunya, Encik Desmond Kuek.



Mantan ketua eksekutif Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Encik Ngien Hoon Ping, akan menggantikan Encik Neo, yang mengganti Encik Kuek pada Ogos 2018, lapor The Straits Times.



Encik Ngien meninggalkan LTA pada 2020 - juga setelah empat tahun - untuk mengetuai perniagan rantaian bekalan FairPrice Group.



Beliau akan menyertai lembaga SMRT mula 1 Mei dan menerajui syarikat itu pada 1 Ogos, menurut satu memo dalaman syarikat yang dikeluarkan semalam.



Encik Neo akan kekal sebagai penasihat hingga 31 Oktober.



Dalam satu kenyataan media, Pengerusi SMRT, Encik Seah Moon Ming, berkata: "Lembaga telah menyediakan rancangan penggantian kepimpinan dengan pencalonan sesuai pada pelbagai peringkat.



Kami menyemaknya secara berkala untuk memastikan ia kekal relevan dan semasa."



Dengan pengalaman Encik Ngien di LTA dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), beliau sesuai memimpin SMRT ke hadapan dalam era gangguan ini, kata Encik Seah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >