Mantan menteri Raymond Lim umum undur diri dari politik

MANTAN menteri pengangkutan Encik Raymond Lim dilaporkan akan bersara daripada tugasnya sebagai Anggota Parlimen GRC East Coast.

Beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Akhbar The Straits Times melaporkan Encik Lim, 56 tahun, memberitahu penduduk Fengshan dalam satu acara malam tadi.

Beliau mahu bersara agar dapat meluangkan masa bersama keluarga. Encik Lim sudah memaklumkan keputusannya kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Bahkan beliau telah mengenal pasti calon baru bagi kawasan undi itu yang akan diperkenal tidak lama lagi, katanya.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.