Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan NMP Mary Liew dilantik presiden NTUC, Chun Sing kekal setiausaha agung

Oct 30, 2015 | 09:57 AM



Buat kali kedua dalam sejarah kesatuan sekerja, seorang wanita diberi kedudukan kepimpinan paling atas dalam gerakan buruh.


Bekas Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Mary Liew berkata beliau benar-benar berasa rendah hati dan bertuah setelah dipilih oleh anggota kesatuan pada Khamis (29 Okt) sebagai presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).


Beliau, 52 tahun, mengambil alih daripada Cik Diana Chia, yang menjadi presiden wanita pertama NTUC apabila dipilih pada 2011.


Cik Chia, 59 tahun, tidak bertanding lagi kerana usia beliau.


Menteri Kabinet Chan Chun Sing, 46 tahun, juga memenangi pemilihan kesatuan pertama beliau dan mengekalkan jawatannya sebagai setiausaha agung NTUC.


Presiden dan setiausaha agung dua jawatan tertinggi dalam NTUC. Presiden kedudukan paling tinggi dan ia sentiasa dipegang oleh ahli kesatuan.


Setiausaha agung mengendalikan operasi harian gerakan pekerja dan mengetuai sekretariat sepenuh masa yang menyokong jawatankuasa pusat dalam merancang dan melaksana program dalam gerakan pekerja.


Sejak 1980, jawatan itu dipegang oleh seorang menteri Kabinet.


Cik Liew dan Encik Chan sebahagian daripada jawatankuasa pusat baru seramai 21 anggota yang dipilih oleh kira-kira 400 pemimpin kesatuan untuk memimpin NTUC sepanjang empat tahun akan datang.


Jawatankuasa itu - badan pembuat keputusan tertinggi NTUC - menyaksikan penyerapan darah baru, dengan muka baru mengisi sembilan daripada 21 kerusi.


Pucuk kepimpinan baru itu "seimbang" dari segi pengalaman, umur, jantina dan sektor kesatuan yang mereka wakili, kata Encik Chan.


"Pasukan baru ini mempunyai mandat kuat daripada perwakilan (kesatuan)," katanya.


Beberapa anggota kesatuan veteran mengekalkan jawatan mereka. Encik K. Karthikeyan, 56 tahun, dan Encik Edwin Lye, 45 tahun, dilantik semula sebagai naib presiden.


Encik Heng Chee How, 54 tahun, dan Cik Cham Hui Fong, 47 tahun, masing-masing kekal sebagai timbalan ketua setiausaha agung dan penolong setiausaha agung.


Antara muka baru ialah Encik Abdul Samad Abdul Wahab, 43 tahun, setiausaha agung Kesatuan Pekerja Tenaga dan Gas.


NTUC berkata dalam satu kenyataan bahawa jawatankuasa pusat telah melantik tiga penolong setiausaha agung menyertai sektretariatnya: Anggota Parlimen (AP) buruh Ang Hin Kee dan Zainal Sapari serta mantan AP Yeo Guat Kwang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >