PEMBANGUNAN belia merupakan bidang utama yang akan diberi perhatian mantan pegawai kanan Pasukan Polis Singapura (SPF), Encik Melvin Yong, 43 tahun, sekiranya dipilih menjadi Anggota Parlimen (AP).
Mantan Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) dengan SPF itu berkata beliau berpegang pada kepercayaan bahawa satu cara mengelakkan para belia daripada terjebak dalam kancah jenayah ialah menerusi kegiatan yang mereka minati.