Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan pengetua sekolah didakwa atas kesalahan menipu

Jul 17, 2014 | 01:51 PM



SEORANG mantan pengetua sekolah telah diheret ke mahkamah oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) bagi menghadapi tuduhan memberi maklumat palsu mengenai hubungan sulit yang dilakukan dengan seorang vendor sekolah.


Steven Koh Yong Chiah, 59 tahun, didakwa dengan satu tuduhan memberi maklumat palsu dengan sengaja kepada pegawai khidmat awam dan satu lagi tuduhan memberi maklumat palsu kepada penyiasat CPIB semasa siasatan rasuah dijalankan.


Mahkamah diberitahu bahawa pada 24 November 2005, Koh, semasa menjadi pengetua Maktab Rendah Jurong (JJC), didakwa memberi maklumat palsu kepada penguasa kelompok Kementerian Pendidikan (MOE), Encik Chia Ban Tin.


Encik Chia diberi tugas untuk "menilai ketulusan aduan" yang menuduh Koh mengadakan hubungan sulit dengan Cik Loke Wai Lin, seorang vendor di JJC.


Koh juga dituduh berbohong dalam satu kenyataan kepada pegawai CPIB pada Disember 2012 apabila dia memberitahu pegawai itu bahawa "hubungan seksual pertamanya" dengan Cik Lin, yang merupakan pengarah Pendidikan Arkitek 21, "berlaku pada 2006, dalam kereta Hyundai Trajet miliknya dan mungkin bertempat di pekarangan terminal feri Tanah Merah".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >