Mantan pengurus kanan dipenjara kerana cabul dua wanita dalam MRT

SEORANG bekas pengurus kanan sektor kewangan dijatuhi hukuman penjara dua minggu pada Isnin (10 Okt) kerana menyentuh punggung dua wanita dalam kereta api MRT.

Lim Kee Sun, Penduduk Tetap (PR) asal Malaysia berusia 38 tahun, mengaku mencabul kehormatan seorang wanita berusia 27 tahun pada 30 Dis thun lalu, dan menyentuh tiga kali punggung seorang wanita berusia 37 tahun antara Oktober dan Disember 2014.

Dia juga menyentuh wanita kedua kali kedua tetapi ini diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Mahkamah diberitahu bahawa Lim dan mangsa berusia 27 tahun itu menaiki kereta api di stesen MRT Sembawang menuju ke Marina Bay pada kira-kira 8.20 pagi.

Dia berdiri di belakang mangsa, yang memakai pakaian panjang dan kemudian menggunakan tangan kirinya untuk menyentuh punggung mangsa beberapa kali.

Seorang saksi berusia 30 tahun nampak apa yang dia lakukan dan menggunakan telefon kamera beliau untuk mengambil gambar Lim dan gambar tangannya menyentuh punggung mangsa.

Lim turun di stesen MRT Bishan.

Saksi itu kemudian menyiarkan gambar-gambar yang beliau dalam satu artikel dalam talian untuk memberi amaran kepada pembaca.

Siasatan juga menunjukkan antara Oktober dan Disember 2014, Lim menggunakan tangannya untuk menyentuh punggung wanita berusia 37 tahun itu tiga kali ketika berdiri di belakangnya dalam kereta api MRT menuju ke Marina Bay.

Wanita itu merasa dia menyentuh beliau tetapi terlalu takut untuk bersemuka dengan Lim pada masa itu.

Selepas menemui artikel dalam talian saksi itu, beliau mengenal pasti Lim sebagai orang yang mencabulnya.

Beliau kemudian membuat laporan polis pada 2 Jan lalu. Lim, bapa dua anak, ditangkap lima hari kemudian.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 48
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 2,956.130 -2.730