Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan Presiden 4PM meninggal dunia

Jul 01, 2016 | 05:30 AM



MANTAN Presiden Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Haji Mohd Yatim Dohon, yang juga anggota pengasas badan itu, meninggal dunia pada usia 91 tahun semalam.



Allahyarham menghembus nafas terakhir di rumahnya di Kempas, Johor Bahru, dan dikebumikan di Johor.



Anak sulungnya, Encik Abdul Razak, memberitahu Berita Harian bahawa bapanya menghidap penyakit Parkinson's sejak sekitar 10 tahun lalu.



"Ayah saya seorang yang tegas bukan sahaja kepada anak-anaknya, bahkan dalam kerjanya baik di pejabat mahupun dalam persatuan.



"Meskipun tegas, beliau seorang yang amat menyayangi rakan-rakannya dan masih ingat rakan seperjuangannya di 4PM dan Majlis Pusat hingga akhir hayatnya," ujar Encik Abdul Razak.



Presiden 4PM, Encik Izzuddin Taherally, berkata Allahyarham telah banyak mencurahkan jasa bakti kepada 4PM dan masyarakat Islam.



"Walaupun beliau sudah lama tidak lagi dalam 4PM, kami masih ingat jasa baktinya sebagai Presiden yang cekap menjalankan tugas.



"Pemergian beliau satu kehilangan besar kepada kami," ujar Encik Izzuddin.



Allahyarham Haji Yatim merupakan Presiden 4PM dari 1957 hingga 1959, 1961 hingga 1966 dan 1971 hingga 1972.



Dilahirkan di Selangor pada 13 Ogos 1924, Haji Yatim tiba di Singapura pada 1946.



Kerja pertamanya sebagai kerani di pangkalan tentera udara British (RAF) di Seletar.



Berkebolehan dari segi bahasa, beliau menjadi jurubahasa kepada Pentadbiran Tentera British (BMA) dan kemudian mendapat kerja di mahkamah di South Bridge Road.



Ketua jurubahasa mahkamah merupakan jawatan terakhirnya sebelum bersara pada 1979.



Beliau difahamkan tinggal di Johor Bahru selepas bersara.



Sebagai usaha membangun masyarakat sesudah zaman Perang, beliau diajak rakan-rakannya menubuhkan Anglo-Malay Evening Class (Kelas Melayu-Inggeris).



Ketika itulah beliau berkenalan dengan Encik Hanifa S. Kanoo, pengasas utama 4PM yang ditubuhkan pada 1948.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >