Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan presiden S R Nathan meninggal dunia

Aug 22, 2016 | 10:24 PM



PRESIDEN ke-6 Singapura, Encik S R Nathan, telah meninggal dunia pada 9.48 malam tadi. Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun.



Encik Nathan, yang merupakan presiden paling lama menjawat jawatan tertinggi negara, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.



Kenyataan PMO menambah: "Perdana Menteri dan rakan-rakan Kabinetnya sedih apabila mendapat tahu tentang pemergian Encik S R Nathan dan menyampaikan ucapan takziah mereka kepada keluarga mendiang.



"Perancangan kini sedang dilakukan untuk membolehkan rakyat memberi penghormatan terakhir dan persemadiannya akan diumumkan nanti."



Encik Nathan berkhidmat sebagai Presiden dari 1 September 1999 hingga 31 Ogos 2011.



Sebelum ini beliau telah menyandang pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam, seperti Setiausaha Tetap di Kementerian Ehwal Luar, Duta Besar Singapura ke Amerika Syarikat, Pengarah Jabatan Risikan dan Keselamatan dan pengerusi eksekutif The Straits Times Press.



Encik Nathan berada dalam keadaan tenat di Unit Jagaan Rapi di SGH sejak 31 Julai lalu, selepas mengalami serangan angin ahmar kedua, dalam dua tahun.



Mendiang Encik Nathan meninggalkan balu, Cik Urmila Nandi. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, seorang anak lelaki dan tiga cucu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >