Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Marina Bay bermandi cahaya bunga api menyambut tahun baru

Dec 14, 2015 | 01:25 PM



BUAT kali pertama, seluruh kawasan Marina Bay akan dihiasi pameran bunga api yang akan berlangsung selama lapan minit sempena sambutan Tahun Baru 2016.


Direka untuk mempamerkan semangat Singapura dalam mencapai kemajuan yang baru, pertunjukan bunga api itu akan disertai alunan muzik gubahan asli pegarah muzik muda, Julian Wong.


Penonton juga berpeluang untuk menikmati pertunjukan yang menakjubkan itu dari lebih banyak kawasan, terutama sekali dengan pembukaan Jambatan Jubli tahun ini.


Selain pertunjukan bunga api, orang ramai juga berpeluang untuk menikmati lampu perayaan yang dipaparkan di bangunan-bangunan di sekitar persisiran serta pertunjukan lampu khas pada muka hadapan hotel The Fullerton.


Pelbagai aktiviti menarik juga akan diadakan di Countdown terbesar di Singapura yang dianjurkan dengan kerjasama Espalanade-Theatres by the Bay dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).


Pelbagai acara yang percuma dan juga bertiket diadakan di sekitar Marina Bay termasuk bazar Marina Waterfront pada 31 Disember dari 3 petang hingga 3 pagi serta konsert Celebrate 2016 yang memaparkan barisan bintang-bintang yang akan menghiburkan anda termasuk bintang antarabangsa Adam Lambert.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >