MAS arah bank terlibat dalam siasatan 1MDB ditutup

PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan pada Selasa (24 Mei) ia telah memberi notis kepada BSI Bank, yang terlibat dalam siasatan ke atas 1Malaysia Development Bhd, (1MDB), rancangan menarik balik statusnya sebagai bank perdagangan di Singapura kerana pelanggaran serius syarat antipenggubahan wang haram, kelemahan pengawasan pengurusan operasi bank, dan salah laku oleh beberapa kakitangan bank.

Di samping itu, MAS telah merujuk kepada Pendakwa Raya nama enam anggota pengurusan kanan dan kakitangan BSI Bank bagi menilai apakah mereka telah melakukan kesalahan jenayah.

BSI Bank beroperasi sebagai sebuah bank perdagangan di Singapura sejak November 2005.

Ia anak syarikat milik penuh BSI SA, sebuah bank yang ditubuhkan pada 1873 dan beribu pejabat di Switzerland.

BSI, yang terlibat dalam siasatan global ke dalam 1MDB, dikatakan sedang menyiasat kakitangannya dan urusan mereka berkaitan syarikat pelaburan kerajaan Malaysia itu, menurut orang yang tahu mengenai perkara tersebut.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.