Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS: Bank Credit Suisse cawangan S’pura ada aset $38b

Mar 22, 2023 | 04:09 PM



CAWANGAN bank Credit Suisse Singapura mempunyai aset berjumlah kira-kira $38 bilion pada 28 Februari 2023.


Jumlah itu mewakili 1.6 peratus daripada jumlah aset sektor perbankan Singapura, kata seorang jurucakap Penguasa Kewangan Singapura (MAS). 



Ini tidak termasuk baki dalam kumpulan, menurut kenyataan bank pusat Singapura yang dikeluarkan pada Selasa.



MAS berkata pada Isnin bahawa Credit Suisse akan terus beroperasi di Singapura tanpa gangguan atau sekatan berikutan pengambilalihan yang diumumkan oleh UBS.



Perjanjian pengambilalihan itu telah diuruskan oleh pemerintah Switzerland dan bertujuan untuk mengelak berlakunya krisis perbankan antarabangsa yang lebih luas. 



MAS berusaha untuk menenangkan reaksi negatif menyusuli berita pengambilalihan bank itu apabila pasaran dibuka pada Isnin. 



Dalam satu kenyataan awal, MAS telah menyatakan bahawa mereka “akan terus memantau dengan teliti sistem kewangan domestik serta perkembangan antarabangsa dan bersedia untuk menyediakan mudah tunai bagi memastikan sistem kewangan Singapura kekal stabil dan pasaran kewangan terus berfungsi dengan teratur”.



Ia juga berkata bahawa ia tidak menjangka pengambilalihan Credit Suisse oleh UBS akan mempunyai kesan ke atas kestabilan sistem perbankan Singapura. 



Para pelanggan Credit Suisse di Singapura akan terus mempunyai akses penuh kepada akaun-akaun mereka, sementara kontrak bank itu dengan pihak-pihak berkenaan masih berkuat kuasa.



MAS pada Isnin juga berkata ia akan terus berhubung rapat dengan penguasa penyeliaan pasaran kewangan Switzerland, Credit Suisse dan UBS bagi memudahkan peralihan yang teratur, termasuk menangani sebarang kesan terhadap pekerjaan.



Kededua bank berpangkalan di Switzerland itu – tunggak penting dalam kewangan negara itu – tidak mempunyai pelanggan runcit dan mengendalikan perniagaan perbankan privet dan perbankan pelaburan di Singapura.



Kenyataan MAS pada Isnin yang dibuat sehari selepas Finma mengumumkan bahawa UBS telah bersetuju untuk membeli pesaingnya, Credit Suisse, pada kos 3 bilion franc Swiss ($4.3 bilion).



UBS juga akan menanggung kerugian sehingga AS$5.4 bilion ($7.2 bilion) dalam perjanjian yang dijangka diselesaikan akhir 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >