Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemilik rumah boleh mohon tunda bayaran pinjaman

Mar 31, 2020 | 07:41 PM



PEMILIK rumah yang mempunyai pinjaman hartanah boleh bermohon kepada bank mereka untuk menunda bayaran pokok atau bayaran pokok dan faedah sehingga 31 Disember ini.



Pemilik insurans hayat dan kesihatan juga boleh bermohon kepada firma insurans mereka untuk menunda bayaran premium sehingga selama enam bulan atau membayar insurans umum mereka seperti insurans kereta dan hartanah secara ansuran.



Ini merupakan antara pakej bantuan kewangan yang dibentangkan semalam bagi membantu individu dan syarikat kecil dan sederhana.



Pakej menyeluruh itu dibentangkan bersama oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS), bersama Persatuan Bank Singapura (ABS), Persatuan Insurans Hayat (LIA), Persatuan Insurans Umum (GIA) dan Persatuan Firma Kewangan Singapura (FHAS).



Ia melengkapi dua pakej bantuan pemerintah bagi mengekalkan pekerjaan dan menyokong syarikat dan keluarga.



“Dalam beberapa bulan mendatang, ramai individu dan SME di Singapura yang akan terus menghadapi cabaran dalam menguruskan aliran tunai dan memenuhi tanggungjawab kewangan seperti pembayaran pinjaman dan premium insurans.



“MAS dan industri kewangan telah bekerjasama membentangkan pakej bagi membantu individu dan SME yang menghadapi kesukaran menghadapi masalah aliran tunai buat sementara bagi mengharungi ‘guruh’ ini,’’ ujar kenyatan bersama itu.



Pakej itu meliputi inisiatif bagi membantu individu memenuhi komitmen pinjaman dan insurans, menyokong SME mendapat kredit bank dan perlindungan insurans’ serta memastikan pasaran pinjaman antara bank berfungsi dengan baik dan mempunyai kecairan. 



Bantuan itu disediakan bagi mereka yang membuat permohonan (opt-in) bagi mendapatkan bantuan tersebut kerana setiap orang mempunyai kedudukan aliran tunai berbeza. 



“Menunda bayaran bermakna tanggungjawab masa hadapan meningkat lantas, peminjam dan pemegang polisi perlu menimbangkan pilihan mereka dengan teliti. Institusi kewangan akan memproses semua permohonan,’’ ujar kenyataan itu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >