PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) mempunyai rancangan mempermudah usaha bagi syarikat kecil dan sederhana mendapatkan bantuan kewangan daripada firma kewangan.
Menerusi satu kenyataan semalam, MAS membentangkan pelan bagaimana ia akan menyokong saranan Jawatankuasa Ekonomi Masa Hadapan (CFE) yang dikeluarkan minggu lalu.