PEMILIK rumah yang ingin memperbaharui semula pinjaman rumah mereka kini diberi kelonggaran dalam peraturan nisbah membayar pinjaman (TDSR), dedah Penguasa Kewangan Singapura (MAS) semalam.
Langkah itu, menurut MAS, akan membolehkan pemilik rumah mengambil peluang daripada kadar faedah yang rendah buat masa ini walaupun jika dengan memperbaharui pinjaman itu bererti melanggar peraturan batas TDSR sebanyak 60 peratus.