Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS, CAD serbu serentak beberapa firma jual-beli saham

Apr 22, 2016 | 10:43 AM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) dan polis dari Jabatan Ehwal Komersil (CAD) telah membuat serbuan, ke atas sekurang-kurangnya empat firma pembelian dan penjualan saham di sini pada Isnin lalu, lapor The Business Times hari ini.



Memetik sumber, akhbar itu menyatakan bahawa para penyiasat jenayah kolar putih telah mengunjungi dewan pelaburan DBS Vickers, Maybank Kim Eng, OCBC Securities dan Phillip Securities pada Isnin lalu dan menahan beberapa individu untuk disoalsiasat.



Mereka juga didapati membawa keluar beberapa barangan.



Wakil dari firma-firma terjejas enggan mengulas, sejajar dengan dasar sedia ada sementara siasatan rasmi sedang berjalan.



Tumpuan sebenar siasatan belum dipastikan tetapi sumber-sumber memberitahu The Business Times bahawa terdapat beberapa individu, dipercayai remisier telah ditahan untuk disoalsiasat.



Remisier merupakan orang yang bekerja di firma broking utk menjual dan membeli saham di pasaran saham bagi pihak pelabur dgn memperoleh komisen.



Jurucakap MAS berkata: "Penguasa Kewangan Singapura dan Jabatan Siasatan Komersil dari Pasukan Polis Singapura sedang menjalankan siasatan bersama tentang kemungkinan berlaku pelanggaran pada Akta Sekuriti dan Hadapan (Bab 289) dan telah mendapatkan dokumen dan barangan dari beberapa firma pembelian dan penjualan saham dan wakil perusahaan. Memandangkan siasatan sedang dijalankan, kami tidak boleh memberikan maklumat lanjut."



Akta Sekurit dan Hadapan mentadbir kegiatan dan institusi terlibat dalam pasaran modal.



Serbuan serentak yang dijalankan ke atas beberapa firma broking bukanlah sesuatu yang asing.



Dewan niaga kecoh pada Selasa lalu, dengan ramai tertanya-tanya tentang punca serbuan dilakukan.



Ramai beranggapan bahawa ia tidak ada kena mengena dengan kegiatan menyelubungi penurunan mendadak saham murah atau penny stock pada Oktober 2013, yang mana kali terakhir serbuan besar-besaran berlaku.



Siasatan tersebut, yang merupakan penipuan sekuriti terbesar pernah dijalankan di Singapura, masih berjalan, meskipun peguam yang mewakili pemerintah menyatakan bahawa tuduhan mungkin difailkan tahun ini.



Seorang pedagang berkata: "Banyak saham menjunam sejak setahun lalu dan ramai daripada mereka mungkin antara yang dikenalpasti."



Sejak Mac 2015, MAS dan CAD telah menjalankan siasatan berhubung salah laku dalam pasaran dalam usaha untuk menyeragamkan dan memperkukuh penguatkuasaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >