Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS, CAD siasat firma broker; SGX lapor perdagangan orang dalam dan manipulasi pasaran

MAS
Apr 22, 2016 | 12:00 PM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) dan Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) sedang menyiasat firma broker kerana kemungkinan melanggar Akta Sekuriti dan Perniagaan Hadapan, umum MAS pada Jumaat (22 April)



Secara berasingan Bursa Singapura (SGX) berkata pada Jumaat bahawa "dalam tempoh suku Januari hingga Mac, kami merujuk sembilan kes kepada MAS, iaitu tiga berkaitan perdagangan orang dalam dan enam berkaitan manipulasi pasaran", lapor Bloomberg.



MAS dan CAD menyerbu sekurang-kurangnya empat syarikat broker pada Isnin, termasuk DBS Vickers, Maybank Kim Eng, OCBC Securities dan Philip Securities, lapor akhbar Business Times pada awal Jumaat.



Penyiasat jenayah kolar putih pergi ke pejabat firma itu untuk membawa pegawai bagi disoal, di samping mengambil barang lain, kata laporan itu.



"Penguasa Kewangan Singapura dan Jabatan Hal Ehwal Komersial Pasukan Polis Singapura sedang menyiasat bersama kemungkinan berlaku pelanggaran Akta Sekuriti dan Perniagaan Hadapan (Bab 289) dan telah mendapatkan dokumen dan barang-barang dari beberapa firma broker dan wakil perdagangan. Sementara siasatan dijalankan, kami tidak dapat memberi maklumat lanjut," kata seorang jurucakap MAS pada Jumaat.



Antara lain, Akta Sekuriti dan Perniagaan Hadapan mengawal kegiatan institusi dan individu dalam pasaran awam.



Seorang peniaga percaya pihak berkuasa sedang meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan berikutan kejatuhan saham murah pada Oktober 2013.



"Dalam beberapa bulan kebelakangan ini terdapat beberapa kaunter yang runtuh teruk dan jelas ada orang terjejas," katanya, yang enggan namanya disiar.



"Dalam kebanyakan kes asas-asas syarikat yang menjadi dasar telah berubah sedikit. Ini mungkin menunjukkan bahawa kaunter itu telah dimanipulasi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >