Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS: E-mel palsu cuba 'pancing' maklumat sulit

May 24, 2018 | 08:14 PM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) telah memberi amaran kepada orang ramai mengenai e-mel palsu yang kononnya berasal daripada penguasa itu, yang sebenarnya menyamar untuk mendapatkan kata nama dan kata laluan akaun bank pengguna.



Orang ramai yang menerima e-mel sedemikian dinasihatkan agar tidak mengklik pautan atau memberikan maklumat peribadi termasuk kata nama dan kata laluan, kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan pada hari Khamis (24 Mei).



Menurut MAS, e-mel itu mendakwa bahawa bank di Singapura telah diserang   penggodam, dan mengandungi pautan ke laman web palsu MAS.

Penerima kemudian diminta memberikan butiran akaun bank mereka.



"MAS tidak dan tidak akan meminta pelanggan bank menyediakan atau mengesahkan maklumat akaun bank mereka," kata penguasa itu.



Sekiranya orang ramai menerima sebarang e-mel atau surat yang tidak diminta daripada MAS yang meminta maklumat akaun bank, mereka harus melaporkannya kepada pihak berkuasa di webmaster@mas.gov.sg.



Untuk mendapatkan panduan tentang cara mengawal kegiatan memancing maklumat, orang ramai boleh merujuk kepada laman web MoneySense pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >