Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS kaji perketat pembelian kripto

MAS
Aug 29, 2022 | 05:10 PM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) sedang meneroka cara untuk menyukarkan lagi orang ramai untuk membeli mata wang kripto tetapi ia tidak akan mengharamkan aktiviti perdagangan tersebut.



Pengarah urusan MAS, Encik Ravi Menon berkata bank pusat itu sedang mempertimbangkan untuk mengadakan ujian kesesuaian pelanggan dan menyekat penggunaan kemudahan leveraj dan kredit untuk perdagangan kripto.



MAS menganggap mata wang kripto sebagai tidak sesuai untuk digunakan sebagai wang dan sebagai “sangat berbahaya” untuk pelabur runcit, katanya.



Tetapi memandangkan ruang kripto adalah tanpa sempadan, pengharaman akses runcit kepada mata wang kripto tidak wajar.



“Dengan hanya telefon bimbit, rakyat Singapura mempunyai akses kepada mana-mana wadah pertukaran kripto di dunia dan boleh membeli atau menjual sebarang jumlah mata wang kripto,” katanya di sebuah seminar anjuran MAS hari ini (29 Ogos).



Beliau menambah bahawa MAS melihat potensi yang baik dalam mata wang kripto, dengan syarat ia disokong dengan selamat oleh rizab bermutu tinggi dan dikawal selia dengan baik.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >