PEMBELI hartanah swasta yang memanfaatkan skim pembayaran tertunda (DPS) tidak boleh membuat pinjaman sebanyak yang mereka fikirkan, berikutan penjelasan mengenai garis panduan pinjaman.
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengeluarkan surat pekeliling kepada bank minggu lalu dan menegaskan skim sedemikian harus ditimbangkan dalam membuat kiraan pinjaman.