Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS 'mungkin tidak akan perlahankan kenaikan nilai dolar Singapura'

MAS
Apr 11, 2016 | 08:53 AM



PROSPEK ekonomi Singapura jauh daripada menyakinkan, tetapi ahli ekonomi berkata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkemungkinan tidak akan memperlahankan kenaikan mata wang negara ini (Singdollar) untuk membantu meningkatkan pertumbuhan.



MAS dijangka mengekalkan dasar kadar pertukarannya dalam mesyuaratnya pada Khamis (14 Apr) ini, kerana ekonomi Singapura, walaupun kurang memberangsangkan, masih belum menuju kemerosotan teruk.



Belanjawan baru-baru ini, yang mengandungi beberapa langkah membantu perniagaan mengharungi tempoh sukar, juga dijangka mengurangkan kelembapan.



MAS menggunakan kadar pertukaran sebagai alat dasar kewangan utama untuk mengimbangi inflasi daripada luar negara dan pertumbuhan ekonomi.



Nilai mata wang lebih kukuh mengimbangi inflasi dengan membuat import lebih murah dari segi Singdollar, manakala Singdollar yang lemah - yang sepadan dengan melonggarkan dasar kewangan - meningkatkan pertumbuhan dengan membuat eksport lebih murah di luar negara.



Menurut akhbar The Straits Times, ahli ekonomi Citi, Encik Kit Wei Zheng, berkata prospek ekonomi global semakin teruk sejak mesyuarat dasar terakhir MAS Oktober lalu, dan prospek ekonomi utama seperti Eropah, China dan Jepun masih tidak menentu.



Prospek lemah itu akan terus menjejas ekonomi Singapura pada bulan-bulan akan datang, ujarnya.



Ekonomi Singapura berkembang pada kadar sederhana 2 peratus tahun lepas, tetapi ramai menjangkakan keadaan bertambah teruk tahun ini.



Ahli ekonomi yang ditinjau menerusi MAS dalam kaji selidik suku tahunan terkini menjangka pertumbuhan 1.9 peratus tahun ini, turun daripada unjuran awal sebanyak 2.2 peratus.



Tetapi ini besar kemungkinan tidak akan membawa kepada perubahan dalam dasar kewangan kerana pertumbuhan lebih perlahan itu mungkin masih dalam unjuran MAS.



"Terdapat banyak bimbang mengenai prestasi ekonomi global pada awal tahun ini, tetapi kini ia kini sedikit lebih tenang," kata ahli ekonomi CIMB, Encik Song Seng Wun.



Belanjawan juga mengandungi beberapa langkah jangka pendek yang bertujuan membantu perniagaan menampung, dan akan membantu mengurangkan kelembapan, ujar ahli ekonomi HSBC, Encik Joseph Incalcaterra.



Sementara itu, inflasi teras - satu lagi faktor utama dalam keputusan dasar MAS - juga nampaknya akan bertahan, mengurangkan lagi kemungkinan bank pusat itu mengubah pendiriannya.



Namun, ahli ekonomi berkata pasaran buruh yang lemah boleh memihak kepada pelonggaran dasar kewangan.



Encik Kit menyebut tentang hampir tiada pekerjaan tempatan baru diwujudkan tahun lalu, dan bertambahnya pemberhentikan kerja baru-baru ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >