Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS nasihatkan keluarga kekal berhemat, teliti semula pelaburan

Nov 29, 2016 | 03:13 PM



KEDUDUKAN kewangan keluarga Singapura berdaya tahan pada keseluruhannya dan terdapat penampan kewangan yang mencukupi untuk mengharungi hambatan ekonomi, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Selasa (29 Nov).



Langkah-langkah berhemat makro yang dilaksana sejak 2009, seperti nisbah jumlah bayaran semula hutang bagi mengelak meminjam berlebihan, telah mengukuhkan kewangan seluruh keluarga Singapura, tetapi masa masih diperlukan untuk manfaatnya berakar, kata MAS daSemakan Kemantapan Kewangan terkininya.



Keluarga perlu berhemat dari segi kewangan dan mengkaji semula pelaburan mereka dengan teliti dan mempelbagai portfolio mereka, kata MAS.



"Secara khususnya, pelabur perlu sedar bahawa kadar kekosongan yang bertambah, penurunan kadar sewa dan kenaikan kadar faedah yang dijangka bermakna mereka mungkin tidak selalunya dapat bergantung pada pendapatan sewa untuk membayar pinjaman hartanah pelaburan mereka," ujarnya.



Nasihat itu dikeluarkan di tengah-tengah pertumbuhan lemah berpanjangan dan kadar faedah rendah, yang MAS berkata telah meningkatkan kebimbangan mengenai kemantapan kewangan global.



Risiko politik yang semakin meningkat juga boleh menjejaskan usaha membuat dasar berkesan, katanya.



Pertumbuhan lemah boleh melemahkan keupayaan korporat dan keluarga membayar hutang dan seterusnya menjejaskan mutu aset bank, kata pengawal selia itu.



Bagaimanapun, pinjaman bank kepada ekonomi domestik terus sihat, ujarnya.



Walaupun sesetengah sektor industri menghadapi tekanan, sektor korporat pada keseluruhannya kekal berdaya tahan, kata MAS.



"Kebanyakan syarikat mengekalkan penampan kewangan sihat yang akan membolehkan mereka mengharungi cabaran yang mungkin muncul, sebagaimana yang ditunjukkan oleh dapatan ujian tekanan MAS."



Syarikat harus mengambil langkah-langkah mengurangkan kelemahan kewangan mereka, terutamanya jika mereka terdedah kepada risiko besar mata wang asing, tambah MAS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >