Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS: Pengangguran dijangka naik, kenaikan gaji perlahan pada 2016

MAS
Apr 27, 2016 | 12:56 PM



KESURAMAN yang menyelimuti ekonomi Singapura dijangka bertambah teruk tahun ini kerana pertumbuhan global masih lemah, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



Dalam Kajian Makroekonomi dua kali setahun yang dikeluarkan pada Rabu (27 April), MAS berkata sentimen perniagaan negatif telah lebih meluas dan pengangguran dijangka meningkat tahun ini walaupun pertumbuhan gaji menjadi perlahan.



Bagaimanapun, tanda-tanda kegiatan perniagaan semakin lemah terus terhad pada industri tertentu dan kelembapan tidak sebegitu buruk semasa krisis kewangan global, kata MAS.



Bank pusat itu berkata ekonomi Singapura berada pada "trajektori tiga kelajuan" pada tahun-tahun kebelakangan.



Sejak beberapa tahun kebelakangan, kelompok perkhidmatan moden berkembang dengan kukuh, manakala kegiatan berorientasikan dalam negeri agak perlahan, tetapi stabil.



Namun, industri berkaitan perdagangan tidak berkembang memandang ekonomi terbuka Singapura yang kecil dilanda permintaan global kurang memberangsangkan.



Tinjauan bagi rakan dagangan utama Singapura, seperti Amerika Syarikat dan Jepun, lemah tahun ini dan ini bermakna ekonomi Singapura mungkin melihat "tempoh pertumbuhan sederhana berlarutan" pada suku akan datang, kata MAS.



Ia juga menyatakan bahawa sentimen perniagaan semakin teruk tahun ini, walaupun sebahagian besar pemberhentian dalam beberapa suku lalu sebahagian besarnya terhad pada industri berkaitan perdagangan seperti elektronik dan kejuruteraan jitu, serta perdagangan borong.



Dengan permintaan dan bekalan buruh lebih rendah, jumlah peluang pekerjaan tahun ini dijangka kekal sederhana. Oleh itu, kadar pengangguran keseluruhan dan dalam kalangan pemastautin mungkin meningkat sedikit tahun ini, kata MAS.



Kelewahan pekerja juga boleh terus meningkat dalam sektor yang menghadapi permintaan luar yang lemah dan penyusunan semula, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >