Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS peruntuk $8j galak institusi kewangan latih bakat politeknik

Apr 25, 2023 | 05:30 AM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) telah memperuntukkan $8 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang sebagai sebahagian daripada Skim Bakat Politeknik untuk Kewangan (PTFS).



Geran itu dilancarkan pada Isnin bagi menggalakkan institusi kewangan mengambil dan melatih pelajar dan lulusan politeknik.



"Sektor kewangan menawarkan pekerjaan yang baik dan peluang kerjaya yang memberi ganjaran kepada lulusan politeknik.



"Oleh itu, institusi kewangan boleh melakukan lebih banyak untuk memanfaatkan mereka sebagai sumber bakat untuk mengembangkan keseluruhan bakat dalam sektor ini," kata Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan) dan ahli lembaga MAS, Encik Alvin Tan, di Growing Timber.



Growing Timber ialah siri MAS yang berkongsi trend dan perkembangan utama dalam tenaga kerja sektor kewangan.



Skim itu terdiri daripada tiga laluan, iaitu bagi pelajar politeknik, lulusan politeknik serta bagi profesional kewangan yang merupakan pemegang diploma.



Pelajar politeknik akan menjalani latihan amali untuk melengkapkan diri mereka dengan set kemahiran untuk bersedia bekerja dan diambil bekerja selepas tamat pengajian.



Skim ini akan membiayai 80 peratus gaji latihan bulanan.



Selain itu, perantisan ditawarkan kepada lulusan politeknik sebagai laluan alternatif untuk mendapatkan pekerjaan yang baik selepas memperoleh diploma.



Ini akan membolehkan mereka menerima latihan dan akhirnya mengambil peranan yang setaraf dengan graduan universiti.



Malah, bagi profesional kewangan yang merupakan pemegang diploma, tajaan juga ditawarkan untuk memenuhi aspirasi akademik mereka untuk mengikuti program posdiploma dan ijazah berkaitan.



Ia akan menampung 50 peratus daripada yuran pengajian mereka.



"Lulusan politeknik adalah kumpulan bakat yang berharga untuk sektor kewangan.



"PTFS, yang diwujudkan bersama MAS, politeknik dan institusi kewangan, akan membolehkan bakat politeknik kami mengambil pekerjaan yang bermakna dan bantu mereka berjaya dalam kerjaya sektor kewangan," kata Penolong Pengarah Urusan (Pembangunan dan Antarabangsa) MAS, Cik Gillian Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >