MULAI Ahad, 6 November ini, masa mula khidmat bagi kereta api SMRT akan kembali seperti biasa pada pagi Ahad dari Joo Koon ke Queenstown di Laluan Timur-Barat (EWL) dan dari Bukit Gombak ke Jurong East di Laluan Utara-Selatan (NSL), menurut SMRT dalam satu kenyataan media semalam.
Masa mula khidmat seperti biasa pada pagi Ahad di 13 stesen MRT itu dikembalikan tujuh minggu lebih awal daripada jadual.