Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masa tunggu MRT lebih singkat tahun ini

Jan 09, 2014 | 03:18 PM



PENUMPANG boleh menjangkakan masa menunggu kereta api yang lebih singkat pada waktu kurang sibuk tahun ini.


Ini setelah pengendali rel meningkatkan perjalanan kereta api di laluan Circle Line (CCL), Laluan Utara Selatan Timur Barat (NSEWL) dan Laluan Utara Timur (NEL). 


Lebih 400 perjalanan kereta api telah ditambah ke NEL setiap minggu, atau naik hampir 13 peratus, dengan masa menunggu kini antara tiga dan lima minit. 


Lebih 400 perjalanan juga akan ditambah ke NSEWL, atau naik 5 peratus, secara beransur-ansur setiap minggu, dan masa menunggu pada waktu kurang sibuk kini kurang lima minit menjelang September ini. 


Masa menunggu pada waktu sibuk juga akan menjadi lebih singkat apabila kereta api baru sampai menjelang 2016 dan projek alat pengesan di NSEWL selesai menjelang 2018. 


Di samping itu, penumpang juga telah melalui perjalanan yang lebih licin tahun lalu berbanding 2012. 


Ini sedang peristiwa kereta api tergendala lebih lima minit bagi setiap 100,000 kilometer perjalanan di seluruh rangkaian rel telah merosot 20 peratus tahun lalu berbanding 2012. 


Pada 2012, bilangan gangguan per 100,000 kilometer ialah 1.49, manakala angkanya bagi 2013 ialah 1.18 tidak termasuk Laluan Downtown (DTL) yang baru dibuka 22 Disember lalu. 


LTA berkata kebolehpercayaan sistem rel yang meningkat ini ekoran langkah khusus yang diambil pasukan gabungan tenaga LTA bersama SMRT dan SBS Transit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >