Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos dilantik Timbalan Pengerusi Mendaki

Oct 09, 2015 | 10:40 AM



YAYASAN Mendaki telah melantik tiga anggota baru dalam Lembaga Pengarahnya bermula sejak 1 Oktober lalu.


Antara tiga pengarah baru itu ialah Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.


Dua yang lain pula ialah Anggota Parlimen (AP) baru, AP GRC Jurong Rahayu Mahzam dan AP GRC Bishan-Toa Payoh Saktiandi Supaat.


Mereka menggantikan AP GRC Ang Mo Kio Dr Intan Azura Mokhtar dan AP GRC Pasir Ris-Punggol Zainal Sapari selain usahawan Encik Alwi Abdul Hafiz, yang bersara dari lembaga pengarah Mendaki.


Mendaki dalam kenyataannya juga berkata Pengerusi Mendaki, Dr Yaacob Ibrahim, telah melantik Encik Masagos sebagai Timbalan Pengerusi Mendaki.


Encik Masagos akan membantu kepimpinan Dr Yaacob bagi badan tersebut sedang ia bergerak maju bersama masyarakat, kata kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >