Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERJUMPAAN HARI RAYA MENTERI

Masagos iktiraf sumbangan Ustaz Ali

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengupas tentang kepentingan menjaga kesihatan, membina aset masyarakat serta melanjutkan semangat saling membantu dalam ucapannya di Perjumpaan Hari Raya Menteri pada Jumaat. Berikut sedutan ucapannya.
Apr 29, 2023 | 05:30 AM



SAMA ada mendermakan harta, mengorbankan masa mahupun tenaga, semangat menyumbang kepada masyarakat merupakan kunci kemajuan dan kejayaan kita bersama.



Ramai yang telah tampil berkhidmat kepada masyarakat, memberi inspirasi dan menyantuni individu-individu untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka dan keluarga mereka.



Sumbangan-sumbangan para individu yang mencurah bakti, telah membawa kita ke tahap kemajuan yang kita nikmati hari ini dan mendorong kita untuk terus menyumbang kepada negara.



Salah seorang daripada mereka adalah, Allahyarham Ustaz Ali Haji Mohamed.



Sumbangannya memainkan peranan penting dalam menyemai semangat kewarganegaraan, bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam, tetapi masyarakat Singapura secara am juga.



Dalam memimpin Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) dan sebagai anggota mapan Jawatankuasa Fatwa pula, beliau memastikan agar kepimpinan dan panduan agama sentiasa sejajar dengan konteks Singapura yang berbilang agama dan kaum.



Perjuangan Allahyarham dalam menggalak sikap bertolak ansur dan persefahaman antara agama dan masyarakat berbilang kaum, jelas terserlah melalui kepimpinan beliau sebagai pengerusi Masjid Khadijah, selama lebih 30 tahun.



Atas prinsip inilah, beliau mengasaskan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), bersama Ustaz Hasbi Hassan.



Melalui RRG, Ustaz Ali memimpin para asatizah, membimbing mereka yang terpengaruh atau terpesong oleh ajaran-ajaran radikal, pulang ke pangkuan masyarakat.



Atas sumbangan-sumbangannya yang besar dan bermakna, Ustaz Ali diiktiraf dengan beberapa Anugerah Hari Kebangsaan, termasuk Pingat Bakti Masyarakat, pada 2001, Bintang Bakti Masyarakat pada 2010 dan Pingat Jasa Gemilang, pada 2018.



Kita akan sentiasa mengenang dan memperingati komitmen serta jasa budi Ustaz Ali kepada masyarakat Melayu/Islam dan Singapura.



Seperti Ustaz Ali, saya akur ramai dalam kalangan anda di sini juga telah menyumbang masa dan tenaga, demi berkhidmat untuk masyarakat.



Dengan seikhlas hati, saya ucapkan terima kasih kepada anda semua.



Semangat gotong-royong dan menyumbang semula ini, adalah ciri-ciri terbilang masyarakat kita.



Kita tidak sahaja menilai kemajuan seseorang itu berdasarkan pendidikan, harta atau pangkat, tetapi juga akhlak murni dan budi pekertinya.



Mari kita menyantuni sifat-sifat mulia masyarakat kita, dan lebih menyumbang di peringkat negara pula.



Para sukarelawan kita berasal daripada pelbagai latar belakang, setiap seorang membawa pengalaman tersendiri dan kepakaran masing-masing, untuk membantu mereka yang lebih memerlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >