Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos kepada pelajar Sg di Jordan: Terus ikuti perkembangan di tanahair

Kembali ke Singapura sebagai pemimpin agama yang faham dan hargai konteks kehidupan di Singapura

dari Amman, Jordan

Apr 17, 2016 | 02:50 PM



KEKAL mengikuti perkembangan di Singapura dan kembali menyumbang sebagai pemimpin agama yang dapat memahami serta menghargai konteks kehidupan di Singapura.



Itulah antara mesej dari satu sesi dialog antara Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dengan sekitar 100 pelajar Singapura yang menuntut di Jordan.



Turut hadir dalam dialog itu ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio, Dr Intan Azura Mokhtar.



Dalam sesi 90-minit itu, para pelajar yang meliputi mahasiswa bar dan tahun terakhir serta para pemimpin pelajar, telah berbincangan mengenai pelbagai isu antaranya termasuk cabaran yang sedang dan akan dihadapi masyarakat Melayu/Islam Singapura dalam negara majmuk seperti Singapura.



Merumuskan sesi dialog itu, Encik Masagos berkata beliau berbesar hati bahawa hasil dialog itu mencerminkan bahawa para pelajar tersebut tetap terus mengikuti perkembangan di tanahair dan prihatin dengan isu-isu yang dihadapi Muslim setempat.



"Mereka juga berfikiran terbuka, mencerminkan bahawa mereka memahami keadaan masyarakat kita dalam konteks kehidupan di Singapura. Sebagai pemimpin agama akan datang, mesej saya ialah agar mereka terus mendalami ilmu mereka untuk membimbing masyarakat Melayu/Islam Singapuraa mengharungi cabaran-cabaran akan datang," ujar beliau.



Dialog semalam itu, yang dipengerusikan Pengarah Kanan Pembangunan Keupayaan dan Dekan Akademi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Dr Albakri Ahmad, diadakan dalam rangka lawatan rasmi Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong ke Timur Tengah dari Sabtu lepas hingga Jumaat ini.



Encik Lee juga telah menyertai para pelajar Singapura itu dalam satu jamuan makan malam selepas dialog.



Selain Jordan, Encik Lee juga dijadualkan melawat Israel dan Palestin. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >