MENTERI di Pejabat Perdana Menteri Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dan isterinya Cik Jumelah Ja'afar hari ini memulakan lawatan empat hari ke Brunei sempena Hari Raya Aidilfitri.
Dalam kunjungan itu, beliau yang juga Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, akan ditemani Menteri Negara (Pertahanan merangkap Pembangunan Negara) Dr Maliki Osman; Menteri Negara bagi Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee; dan isteri masing-masing.