Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Lawatan ke Maghribi pererat hubungan dua hala

Nov 01, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, kini berada di Maghribi dan berharap lawatannya ke negara itu dapat mengeratkan lagi hubungan sedia ada.



Ini selain usaha bersama untuk membina gedung-gedung ilmu berdasarkan kesimpulan yang dicapai dalam Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Gemilang (ICCOS) yang diadakan di Singapura bulan lalu.



Menulis dalam satu catatan di Facebooknya semalam, beliau yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, berkata beliau tiba di negara di benua Afrika itu bersama anggota delegasi Singapura lain.



"Ketibaan kami disambut cuaca cerah dan pemandangan indah khususnya di kawasan pesisir pantainya.



"Perjalanan ke sini panjang, namun saya gembira dapat bertemu semula dengan Encik Andre Azoulay, Penasihat Kanan kepada Raja Maghribi, Sultan Mohammed VI," kongsi Encik Masagos.



Encik Azoulay pernah berada di Singapura bulan lalu bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) dan ICCOS.



Encik Masagos menyatakan dalam perbualan mereka, Encik Azoulay berkongsi sejarah (kawasan) Essaouira tentang hubungan rapat dan harmoni antara orang Yahudi dengan Muslim.



"Sultan Muslim Muhammad V dari Maghribi bahkan melindungi mereka daripada serangan ganas pihak Nazi yang ditujukan kepada orang Yahudi untuk menghapuskan mereka semasa Perang Dunia Kedua.



"Kepelbagaian berlaku atas pengalaman sejarah berbeza, tetapi Singapura berkongsi aspirasi sama dengan Maghribi dalam memanfaatkan kepelbagaian yang kita ada demi kesejahteraan bersama dan mengukuhkan keharmonian agama," kata Encik Masagos.



Bahkan, beliau difahamkan bahawa hubungan unik itu telah wujud sejak berabad-abad lamanya.



Sejarah kepelbagaian masyarakat itu pula dirakam di Bayt Dakira, sebuah muzium yang telah mengekalkan sejarah panjang kewujudan bersama antara orang Yahudi dengan Muslim serta sumbangan masyarakat Yahudi Maghribi di negara itu, dalam usaha untuk membimbing golongan muda demi masa depan yang aman.



"Essaouira terus meraikan kepelbagaian, saya saksikan sendiri di Festival des Andalousies Atlantiques, di mana orang Yahudi dan Muslim membuat persembahan bersama dan mesra duduk bersebelahan sambil menjalin ikatan perpaduan melalui muzik.



"Melalui lawatan ini, saya berharap untuk mengeratkan lagi hubungan dan usaha bersama membina gedung-gedung ilmu berdasarkan kesimpulan yang dicapai dalam sidang ICCOS," tambah Encik Masagos.



Beliau memaklumkan akan bertemu beberapa menteri, pegawai kanan dan ulama Islam dari kedua-dua negara sempena lawatan itu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >