Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Manfaat teknologi untuk tangani masalah sampah

May 22, 2018 | 01:30 PM



TEKNOLOGI boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan penyelesaian bagi banyak masalah yang akan Singapura hadapi dari segi usaha menangani masalah sampah di sini, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Ini termasuk menggunakan teknologi untuk memperolehi bahan atau hasil yang bernilai dan masih dapat digunakan orang ramai, ujarnya.



Sebagai contoh, bahan seperti emas boleh didapati dalam produk elektronik seperti telefon bimbit.



Sekiranya teknologi dapat digunakan dengan baik, ini dapat dimanfaatkan bukan sahaja untuk mengeluarkan bahan yang masih berguna itu tetapi juga mengurangkan kesan pencemaran kepada alam sekitar kerana bahan itu tidak perlu diperolehi lagi dari alam semula jadi.



“Oleh itu jika kita dapat menggunakan teknologi dapat mewujudkan satu ekonomi pusingan (circular economy), kita berpotensi menjadi sebuah lombong bandar,” kata Encik Masagos.



Beliau berkata demikian semasa sesi perbincangan panel Facebook Live pagi tadi, menjelang Sidang Puncak CleanEnviro Singapura (CESS) yang bakal berlangsung Julai nanti.



Perbincangan yang bertemakan ‘Memanfaatkan Sepenuhnya Teknologi Bijak bagi Penyelesaian Baru untuk Alam Sekitar’ itu turut menampilkan Pengarah Urusan CESS 2018, Encik Dalson Chung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >