Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Penting bagi pengundi pilih pemimpin masa depan

ISMAIL ALI
Sep 01, 2015 | 04:42 PM



CALON Parti Tindakan Rakyat (PAP) Encik Heng Swee Keat pagi tadi menggesa pengundi di GRC Tampines supaya memberi pasukannya sokongan penuh dalam usaha membangunkan lagi kejiranan Tampines.


"Kami mempunyai banyak rancangan menarik untuk dilakukan di Tampines.


"Kami baru saja menyambut SG50 dan kini kami mahu bergerak ke depan untuk membina masa depan yang lebih cerah," kata Encik Heng sejurus tiba dengan pasukan lima anggotanya yang terdiri daripada Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed, Encik Baey Yam Keng, Encik Desmond Khoo dan Cik Cheng Li Hui.


Pasukan PAP itu tiba pada 10.40 pagi diiringi sekitar 200 penyokong lengkap berbaju seragam putih.


Ketika ditemui wartawan sebelum memasuki pusat penamaan calon di Sekolah Poi Ching, Encik Masagos Zulkifli mengingatkan pengundi tentang kepentingan pilihan raya kali ini.


"Pilihan raya kali ini mengenai pemilihan pemimpin bagi masa depan.


"Kami juga ingin berkongsi aspirasi kami dalam membangunkan kejiranan kita dan Tampines kita," kata beliau sebelum memasuki kawasan sekolah dengan sorakan gemuruh pasukan penyokong parti pelbagai kaum.


Ketibaan pasukan PAP itu diikuti pasukan Parti Perpaduan Nasional (NSP) yang diketuai Encik Sebastian Teo, Encik Lim Tean, Encik Reno Fong; Cik Nor Lella Mardhiah dan Encik Choong Hon Heng lima minit kemudian.


Awal dari itu, calon Parti Pekerja (WP) bagi SMC Hougang, Encik Png Eng Huat, merupakan calon pertama tiba di pusat penamaan calon di Sekolah Poi Ching.


Beliau tiba sekitar 9.45 pagi diiringi kira-kira 70 penyokong.


Pesaingnya; Encik Lee Hong Chuan, tiba sekitar 10.10 pagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >