Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Penting tangani isu Presiden Dipilih sekarang sebelum terlewat

Suruhanjaya Perlembagaan yang dibentuk bagi menyemak sistem Presiden Dipilih (EP) Singapura telah selesai menjalankan semakan itu, dan menyampaikan laporannya kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong bulan lalu. Antara lain, semakan itu mengkaji tiga perkara - kriteria kelayakan menjadi calon EP, memperkukuh Majlis Penasihat Presiden (CPA) dan memastikan ada Presiden minoriti dari masa ke masa. Berita Minggu mengadakan satu perbincangan meja bundar mengenai semakan EP baru-baru ini. Ikuti laporan NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg).
Sep 04, 2016 | 05:30 AM



PEMERINTAH melihat wajarnya menangani isu perlunya mempunyai seorang Presiden minoriti dari masa ke masa, meskipun masyarakat minoriti tidak meminta peruntukan khas itu sekarang.



Menyatakan demikian, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata jika tiada Presiden minoriti yang dipilih selama bertahun-tahun akan datang, rasa tidak puas hati itu mungkin dieksploitasi dan dipolitikkan dari unsur dalam atau luar negara.



Walaupun sekiranya dalam kalangan minoriti sejauh ini, mungkin tiada kerisauan atau perasaan gundah tiadanya Presiden minoriti, tetapi Perdana Menteri memandang jauh.



"Beliau melihat katakanlah berdekad, tiada orang Melayu jadi Presiden, satu haru mungkin ia akan dieksploitasi dan dipolitikkan," ujar Encik Masagos.



Beliau berkata demikian dalam satu perbincangan meja bundar anjuran Berita Minggu (BM) baru-baru ini.



Sesi yang dinamakan Bincang BH Bersama Encik Masagos itu turut disertai Pengerusi Angkatan Karyawan Islam (AMP), Encik Abdul Hamid Abdullah, dan Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Rahayu Mohamad.



Kata Encik Masagos lagi, negara ini juga perlu berhati-hati dengan unsur luaran yang menanti peluang untuk mengeksploitasi rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Islam.



"Jika orang Islam sengaja dirasakan mereka terpinggir, tiada bahagian dalam negara, dan rasa dirugikan - ini semua hal yang boleh dieksploitasi, dan jika mendapat momentum, akan menjadi satu masalah besar," ujarnya.



Oleh itu, beliau berharap masyarakat Melayu/Islam akan melihat isu ini sebagai satu isu penting, dan terlibat sama dalam perbincangan mengenainya.



"Kalau tidak selesaikannya sekarang, dalam keadaan rakyat bersatu, masih ada kesefahaman, tiada curiga tentang kebolehan dan kewibawaan kepimpinan, bila lagi kita nak lakukan?



"Janganlah sampai seratus tahun tidak ada orang Melayu jadi Presiden, barulah kita nak kecil hati. Itu sudah terlambat," ujarnya.



Suruhanjaya Perlembagaan yang dibentuk bagi menyemak jawatan Presiden Dipilih (EP) telah selesai menjalankan semakan itu dan telah menyampaikan laporannya kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong bulan lalu.



Semakan itu adalah berkenaan tiga bidang termasuk kriteria kelayakan menjadi calon EP, memperkukuh Majlis Penasihat Presiden (CPA) serta peruntukan bagi membolehkan individu daripada kaum minoriti di sini juga berpeluang menjadi EP



Berucap di Rapat Hari Kebangsaan pada 21 Julai lalu, Encik Lee berkata pemerintah menerima secara prinsip saranan suruhanjaya itu.



Pemerintah akan menerbitkan sebuah Kertas Putih yang melakarkan perubahan yang akan dibuat, dan membentangkan pindaan Rang Perlembagaan di Parlimen untuk dibahaskan dan diluluskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >