Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Perlu waspada daya tarikan ajaran radikal 'online'

May 12, 2018 | 05:30 AM



DAYA penarik sumber bahan agama dalam talian tidak boleh dipandang rendah, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad,



Mengulas di Facebook mengenai kes penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang terkini, Encik Masagos berkata sesiapa yang mempunyai soalan atau ragu-ragu tentang agama harus merujukkannya kepada asatizah yang diiktiraf Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) dan Rangkaian Belia Asatizah (AYN) untuk mendapatkan bimbingan.



Seorang rakyat Singapura, Mohamed Faishal Mohd Razali, 27 tahun, ditahan setelah siasatan menunjukkan dia terpengaruh dengan ajaran radikal dalam talian hingga mahu menyertai sengketa bersenjata di luar negara, termasuk Syria.



Encik Masagos menambah masyarakat Islam Singapura berdiri teguh melawan ajaran ekstremis.



"Kita perlu sentiasa menjaga satu sama lain dan jika terdapat tanda-tanda radikalisasi, kita perlu merujuk individu itu kepada Muis (Majlis Ugama Islam Singapura), RRG (Kumpulan Pemulihan Keagamaan) atau polis.



"Malah, rancangan Faishal tidak menjadi kenyataan kerana pihak berkuasa telah dimaklumkan oleh seseorang yang mengetahui rancangannya itu," kata beliau.



Encik Masagos turut berkata masyarakat perlu berdiri bersama rakyat Singapura, tidak kira bangsa atau agama, untuk melindungi keamanan dan keharmonian negara ini.



Menekankan kepentingan meraih ilmu daripada guru agama yang bertauliah, penolong profesor di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Ustaz Dr Mohamed Ali, berkata bahawa apa yang diperolehi menerusi Internet adalah sekadar maklumat dan bukanlah pembelajaran agama.



"Anak-anak muda hari ini merasakan bahawa ajaran agama boleh didapati daripada Internet selain asatizah. Ini adalah satu tanggapan dan fahaman salah kerana dalam tradisi pembelajaran Islam, seseorang perlu belajar agama dari guru.



"Guru itu berperanan untuk bukan hanya mengajar tetapi membimbing dan membetulkan. Kalau agama diambil dari Internet, ia tidak ada bimbingan," kata beliau, yang juga naib pengerusi RRG.



Ustaz Dr Mohamed menambah bahawa perlu ada pendekatan lebih berkesan, inovatif dan menarik untuk memberi kesedaran kepada anak-anak muda tentang bahayanya fahaman tegar dan memastikan mereka ada kebolehan membezakan antara ajaran yang benar dengan yang salah dan lebih kritikal dalam menganalisa sesuatu fahaman agama yang diperolehi dari Internet.



Memberi contoh, beliau berkata kepakaran diperlukan untuk mengkaji apakah perkara yang dapat menarik golongan anak muda dalam talian dan mewujudkan satu wadah interaktif bagi menjauhi mereka dari fahaman tegar.



Mengongsi pandangannya, Zamil Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Mustafa Izzuddin, berkata kes individu yang menjadi radikal sendiri kini dapat ditangani dengan lebih baik kerana terdapat hubungan kerjasama yang rapat antara pemerintah dengan pertubuhan Islam.



Beliau berkata kes-kes individu yang menjadi radikal akan timbul dari masa ke masa kerana ia sesuatu yang dijangkakan dalam zaman media sosial global ini.



Justeru, Dr Mustafa menambah bahawa percubaan mengekang akses kepada semua bahan bersifat radikal adalah satu usaha sia-sia yang hampir mustahil.



"Satu kemungkinan strategi lebih baik adalah dengan menonjolkan dan meningkatkan kemudahan mendapatkan sumber maklumat yang betul, baik dalam talian dan bersua muka dengan pakar secara langsung, yang bersesuaian dengan nilai-nilai berbilang budaya dan keharmonian sosial Singapura yang dihargai," kata beliau.



Pengarah Kanan, Dasar dan Pembangunan Agama, Muis, Dr Nazirudin Mohd Nasir pula berkata ajaran eksklusif dan ekstremis yang boleh didapati dalam talian termasuk video propaganda oleh kumpulan pengganasan yang cuba menyanjung kebaikan keganasan dengan menggabungkannya bersama jihad.



"Ini sebabnya kita perlu terus melindungi masyarakat kita dengan membina daya ketahanan agama dan rohani menerusi penghayatan yang betul dan kontekstual terhadap Islam dan ajarannya.



"Inilah peranan yang dimainkan asatizah bertauliah kami dalam membimbing orang Islam dalam kehidupan sosio-agama mereka agar setiap Muslim menerima semangat belas kasihan dan kedamaian Islam dan dilengkapi dengan baik untuk dengan segera menolak apa jua bentuk ideologi ekstremis," kata beliau.




KHIDMAT BANTUAN



Ada persoalan berkaitan konsep dan ideologi agama? Sertai sesi bimbingan bersama asatizah Rangkaian Belia Asatizah (AYN) di Masjid Al-Falah di Orchard Road. Buat janji temu di talian 6235-3172.



Anda juga boleh hubungi RRG di talian 1800-7747-747 atau menerusi aplikasi telefon bimbit RRG atau telefon Muis di talian 6359-1199.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >