KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) kini berdepan dengan cabaran memenuhi permintaan kian meningkat bagi khidmat konsular yang segera dan cekap di luar negara.
Ini memandangkan lebih ramai warga kini melancong secara lebih kerap dan keadaan di luar negara yang penuh dengan ketidaktentuan, kata Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.