PENGAJIAN sains iklim telah membimbing beberapa projek binaan baru di Singapura, yang bertujuan melindungi prasarana genting daripada kesan paras laut meningkat dan cuaca ekstrem.
Ini termasuk projek binaan Terminal Pelabuhan Tuas dan Terminal Lima di Lapangan Terbang Changi, yang dibina di paras lebih tinggi daripada biasa, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.