Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos santuni pelajar bincang perubahan iklim

Apr 21, 2018 | 05:30 AM



BELIA memainkan peranan penting menyuntik inspirasi kepada masyarakat demi mendorong mereka supaya mengambil langkah untuk menyelamatkan alam sekitar.



Demikian antara gagasan yang dibincangkan belia bersama Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam sesi dialog acara Hari Belia bagi Sekitaran (YED) semalam.



Diadakan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central, acara dihadiri lebih 200 ketua pelajar dari 77 sekolah rendah dan menengah.



Mereka membincangkan langkah mengurangkan pembaziran, menjadi lebih mesra alam dan melibatkan diri dalam tindakan bersama demi kebaikan sekitaran.



Dialog yang diadakan buat kali pertamanya bersama Encik Masagos bagi membincangkan perihal iklim bersama beberapa pelajar itu sebahagian barisan acara sempena YED 2018.



YED ialah platform utama Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) bagi belia Singapura mengetuai, menganjurkan dan menyertai aktiviti sekitaran untuk menunjukkan minat dan komitmen menjadikan Singapura bersih dan hijau.



Di bawah YED, sekolah diberikan fleksibiliti merancang dan menganjurkan aktiviti berkaitan sekitaran semasa bulan ini.



Mesej tahun ini ialah bagaimana Singapura mudah terkesan dengan perubahan iklim dan peri pentingnya semua pihak mengambil tindakan demi menjadikan Singapura lebih mampan.



Mengongsi kepada Berita Harian usaha yang dilakukan sekolahnya, guru yang juga penasihat pendidikan sekitaran Sekolah Menengah Ang Mo Kio, Cik Habibah Ismail, 65 tahun, berkata:



"Pelajar melibatkan diri dalam Earth Hour dan berikrar seperti mematikan lampu, mengurangkan penggunaan plastik dan mengurangkan pembaziran buat generasi akan datang".



Dalam acara itu juga, pelajar turut meraih ilmu perubahan iklim menerusi permainan yang bertemakan cogan kata 3R 'Reduce, Reuse and Recycle' (Kurangkan Penggunaan, Gunakan Semula, dan Kitar Semula).



Pelajar Sekolah Menengah Broadrick, Victoria Jader, 15 tahun, yang juga antara pelajar dalam perbincangan panel bersama Encik Masagos, berkata penting bagi pelajar mengamalkan tabiat mengitar semula di rumah.



"Ini termasuk menyediakan tong sampah khas mengitar semula, mengurangkan dan mengitar semula sisa makanan, dan menjimatkan elektrik dan air.



"Meskipun itu perkara kecil yang boleh kita lakukan setiap hari, langkah sedemikian mempunyai kesan positif yang besar kepada alam sekitar," katanya.



Dalam pada itu, buat kali pertamanya juga, NEA menyelitkan persembahan interaktif yang membawa penonton 'melihat' kesan perubahan iklim kepada sekitaran menjelang 2030.



Penonton dibawa 'menjelajah' bersama maskot NEA, Captain Green.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >