Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Terdapat peluang untuk berjaya dalam sekitaran pesat berubah

Mar 02, 2018 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam harus menyesuaikan diri dalam persekitaran dunia yang pesat berubah agar peluang yang ada tidak berubah menjadi ancaman, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Pembelajaran sepanjang hayat pula menjadi kunci untuk seseorang kekal bekerja dengan mengikuti pelbagai kursus dan program agar dapat meneroka bidang serta kerjaya baru walau dilabel sebagai "tidak setia".



Encik Masagos berkata demikian dalam ucapannya di majlis Dialog Pasca Belanjawan anjuran Majlis Penyelaras Kumpulan-kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) di The Grassroot Club, Ang Mo Kio, malam tadi.



"Dalam sekitaran dunia yang pesat berubah, terdapat peluang bagi masyarakat Melayu/Islam untuk berjaya dalam pelbagai bidang.



"Namun peluang-peluang ini boleh bertukar menjadi satu ancaman sekiranya seseorang itu gagal menyesuaikan dirinya dan merebut peluang baru.



"Seperti perusahaan mapan boleh pupus tidak mampu mengharungi badai teknologi, begitu juga banyak pekerjaan mapan diancam pupus ekoran gangguan perubahan teknologi yang pesat dan ketara lagi," kata Encik Masagos.



Awal dari itu, beliau turut mengetengahkan perangkaan yang membuktikan sejauh mana masyarakat Melayu/Islam telah jauh melangkah selaku kaum minoriti dalam sistem meritokrasi.



Ini termasuk kejayaan dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan sehingga lahir tokoh terbilang dalam bidang masing-masing.



Walau banyak kemajuan dicapai, sebagai masyarakat, kita tidak mampu berhenti di situ.



"Kita harus terbuka untuk terus belajar, dan tangkas mengharungi perubahan," ujar Encik Masagos.



Dalam masa yang sama, beliau turut menyentuh tentang gangguan teknologi.



"Dari segi gangguan teknologi pula, jika sekarang kita runsing dengan saingan tenaga kerja asing, kita bakal bersaing dengan satu lagi cabaran yang lebih hebat iaitu pekerjaan berteknologi," tambah beliau merujuk kepada ekonomi berteraskan permintaan serta penggunaan robot dan kecerdasan buatan (AI).



Sesuatu cabaran itu boleh menjadi peluang keemasan jika ada kegigihan melakukannya dengan baik.



Menyentuh dalam dunia pekerjaan pula, beliau berkata:



"Meskipun sifat kesetiaan itu adalah sesuatu yang positif dan terpuji, di bidang pekerjaan kita tidak seharusnya terus berpuas hati dengan apa yang ada sehingga kita tidak menghiraukan perubahan yang berlaku di sekeliling," ujarnya.



Sesi Dialog Belanjawan malam tadi turut menyaksikan Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, yang juga Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group, dan AP GRC Ang Mo Kio, Dr Intan Azura Mokhtar, menyertai panel dialog.



Dialog itu dibahagi kepada lima kelompok berskala kecil bagi membolehkan lebih ramai sukarelawan peringkat akar umbi dan rakan kongsi saling melahirkan pandangan dan maklum balas tentang Belanjawan 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >