BIARPUN bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia, lebih kecil bulan ini berbanding Ogos tahun lalu, Singapura masih berusaha mencapai sekitaran "tiada jerebu" kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
"Kita boleh melihat biarpun jumlah titik panas agak sedikit, dengan adanya tiupan angin yang tepat dan adanya jerebu, ia boleh memberi kita udara buruk bagi tempoh (berterusan)," kata Encik Masagos di sebuah acara kemasyarakatan semalam.