MASALAH tikus baru telah ditemui lagi di Bukit Batok, menimbulkan kebimbangan bahawa masalah sama yang berlaku pada 2014 dan 2016 kini berulang.
Menurut akhbar The Straits Times, 11 daripada 12 penduduk yang ditemui berkata mereka melihat tikus di sekitar estet HDB di Bukit Batok Street 52 minggu lalu.