Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masalah tikus muncul lagi di Bukit Batok

Feb 06, 2017 | 03:21 PM



SATU serangan baru tikus ditemui di Bukit Batok, meningkatkan kebimbangan serangan pada 2014 dan 2016 mungkin berulang.



Daripada 12 penduduk yang ditemui pada Isnin (5 Feb), 11 berkata mereka ternampak tikus berkeliaran di sekitar estet HDB di Bukit Batok Street 52 sepanjang minggu lalu, lapor akhbar The Straits Times.



Seorang penduduk Blok 523, yang mahu dikenali hanya sebagai Cik Yue, berkata beliau melihat tikus di tangga ke pintu rumahnya semasa pulang pada satu hari.



Ia membuat beliau memasang jaring pintu untuk mengelakkan tikus memasuki rumahnya.



Selain penduduk mengambil langkah berjaga-jaga sendiri, Majlis Bandaran Choa Chu Kang mengupah syarikat kawalan serangga perosak bagi menangani serangan itu.



Jurucakap majlis bandaran itu berkata ia menjalankan usaha kawalan serangga perosak mingguan menggunakan langkah-langkah yang disyorkan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), termasuk perangkap gam dan racun tikus.



Jurucakap itu berkata 26 tikus dibunuh sejak Oktober lalu dan racun tikus kerap disembur di sekitar lubang apabila penduduk melaporkan tentang tikus.



Namun, sesetengah penduduk berasa langkah-langkah kawalan serangga perosak tidak berkesan.



"Hujan melenyapkan racun tikus, jadi tikus tidak selalunya mati," kata seorang pesara yang tinggal di Blok 523, yang enggan namanya disiar.



Penduduk itu berkata beliau telah membuat beberapa aduan kepada majlis bandaran, kerana bimbang serangan tikus pada Disember 2014 berhampiran Stesen MRT Bukit Batok, tempat lebih 300 tikus ditemui dan dibunuh, berulang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >