Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASA MENUNGGU LAMA DAPATKAN PASPORT

Masih beratur bagi dapatkan pasport

May 26, 2022 | 05:30 AM



KURANG seminggu sebelum cuti sekolah bulan Jun tiba, orang ramai masih beratur di bangunan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) sebelum bangunan itu dibuka, dengan harapan dapat mempercepatkan proses permohonan pasport mereka.



Malah mereka yang ditemui Berita Harian (BH) semalam berkongsi bahawa barisan beratur adalah panjang, kira-kira 200 meter hingga 400 meter, dan berpusing sebelum bangunan ICA dibuka pada 8 pagi.



Namun, apabila BH tiba di bangunan yang terletak berdekatan stesen MRT Lavender itu pada 10 pagi, barisan di luar bangunan tidak kelihatan lagi sedang orang ramai diarahkan untuk ke stesen berbeza berdasarkan keperluan mereka.



Keadaan nampak teratur dan masa menunggu untuk membuat rayuan bagi pasport mengambil masa kira-kira 20 minit.



Mereka yang ditemui BH berkongsi pengalaman berbeza bergantung kepada waktu mereka menyertai barisan.



Bagi mereka yang tiba sebelum ICA dibuka, masa menunggu memakan masa beberapa jam.



Ketika ditemui kira-kira 10.30 pagi, Cik Yuana Kamsari, 42 tahun, yang tiba di bangunan ICA sebelum 8 pagi masih lagi menunggu gilirannya untuk bertemu pegawai bagi mempercepatkan permohonannya.



"Saya menghantar permohonan pada Mei 5 dan sehingga sekarang, saya tidak mempunyai nombor rujukan," ujar pegawai perumahan itu yang terburu-buru membuat pasport kerana ingin menemani anaknya ke Melaka, Malaysia pada Jun untuk lawatan sekolah.



Namun bagi Cik Nurul Tijani Selamat, 20 tahun, yang menemani ibunya, beliau mendapati proses permohonan pasport agak cepat walaupun perlu menunggu kira-kira dua jam sejak sebelum 8 pagi.



Ini kerana mereka sudah menjangka perlu menunggu dalam tiga hingga empat jam.



Ibu kepada Cik Nurul Tijani yang tidak mahu mendedahkan nama berkata:



"Kini prosesnya lebih baik...mereka mengerahkan lebih ramai kakitangan untuk menangani rayuan mempercepatkan permohonan pasport."



Cik Norazah Sadli, 52 tahun, pula berkata beliau selesai urusannya dalam masa 15 minit.



"Saya telah memohon pasport baru pada awal bulan Mei.



"Selama ini di aplikasi ICA, status pasport saya masih sedang diproses. Saya cuba menelefon mereka namun saya tidak dapat bercakap dengan pegawai ICA untuk kepastian," kata suri rumah itu yang mahu ke Malaysia bulan depan.



Pemohon pasport lain seperti Cik Izzah Hazirah Azmi, 28 tahun, turut berkongsi ketidaktentuan sama mengenai status pasportnya.



Walaupun tidak perlu menunggu lama memandangkan beliau ke ICA pada hari bekerja dan sekitar 4 petang, Cik Izzah tetap menyuarakan keprihatinan.



"Saya memohon pasport pada lewat Mac, dan mungkin disebabkan jumlah permohonan yang terlalu banyak, mereka tidak sempat meluluskan pasport saya dan menghantar e-mel. Saya terpaksa datang ke bangunan itu secara fizikal bagi mendapat kelulusan... jadi bagi saya, keadaan ini tidak begitu cekap," ujar penjawat awam itu yang ingin ke luar negara bagi cuti sekolah akan datang.



Menurut jurucakap ICA, waktu menunggu bagi pasport diproses memakan masa sekurang-kurangnya enam minggu, tetapi boleh mengambil masa lebih lama sekiranya terdapat lonjakan dalam jumlah permohonan atau terdapat isu dengan permohonan seperti foto yang diberikan tidak memenuhi keperluan.



"ICA faham bahawa ramai warga Singapura tidak sabar untuk mula melancong lagi, lebih-lebih lagi sewaktu cuti sekolah Jun akan datang. Kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk menangani permintaan tinggi dan pegawai kami sedang bekerja lebih lama sewaktu tempoh ini," ujarnya.



ICA telah mengerahkan lebih banyak sumber untuk memproses permohonan pasport dan mengurus mereka yang datang ke bangunan ICA untuk hal berkenaan pasport.



Jurucakap ICA berkata lebih banyak kaunter pasport dan ruang beratur tambahan dibuka.



Mereka juga mengarahkan anggota awam supaya ke tempat yang betul berdasarkan keperluan mereka.



"Bagi warga Singapura yang perlu ke luar negara dengan segera, mereka dikehendaki menyediakan dokumen sokongan secara fizikal di bangunan ICA untuk penilaian berdasarkan kes demi kes," kata jurucakap ICA. - LAPORAN TAMBAHAN DANIAL FHARICK dan HADIF AIMAN HERMAN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >