Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Alkaff Upper Serangoon bakal jadi monumen negara

Mar 28, 2014 | 07:09 PM



MASJID Alkaff Upper Serangoon membuka semula pintunya secara rasmi hari ini, dengan bangunannya diperluaskan seganda dan dipenuhi ciri-ciri lebih mesra warga emas.


Bangunan asal masjid dengan menara ala Turkey - satu-satunya masjid di sini dengan rekabentuk sedemikian yang dibina pada 1930 - juga diletakkan dalam senarai Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) untuk dipilih bagi diwartakan status Monumen Negara kelak.


Bercakap setelah merasmikan pembukaan semula masjid di Pheng Geck Avenue, dekat estet Potong Pasir itu, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata dengan status tersebut nanti masyarakat mempunyai tanggungjawab yang lebih tinggi "untuk menjaga masjid dengan lebih baik."


"Ini menunjukkan dari kalangan masyarakat kita, kita juga boleh menyumbang kepada landskap Singapura di mana masjid dapat memainkan peranan sebagai satu wadah atau satu simbol Singapura," kata Dr Yaacob.


Tambahnya, langkah untuk memperluaskan masjid itu - salah satu dari enam masjid di bawah fasa pertama Program Peningkatan Masjid (MUP) - dibuat kerana terdapat permintaan yang tinggi bagi ruang-ruang solat di kawasan Potong Pasir, Kallang dan Bendemeer.


Masjid itu ditutup kepada umum sejak Mei 2012 bagi kerja-kerja peningkatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >