Masjid Alkaff Upper Serangoon penerima anugerah warisan seni bina URA

MASJID Alkaff Upper Serangoon di Pheng Geck Avenue merupakan antara empat pemenang Anugerah Warisan Seni Bina Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Keempat pemenang itu diiktiraf tahun ini berdasarkan kerja-kerja pemuliharaan dan pengekalan warisan bangunan yang luar biasa.

Tiga pemenang lain adalah Dewan Konsert dan Teater Victoria; Galeri Nasional Singapura; dan tiga banglo 1950-an di Rochester Park.

Masjid Alkaff Upper Serangoon memiliki rekaan seni bina yang unik dengan menaranya dibina mengikut seni bina Ottoman.

Kerja-kerja pemuliharaan masjid tersebut mengambil masa lebih 22 bulan dengan belanja sebanyak $3.1 juta.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.