SEMPENA menyambut Maulidur Rasul tahun ini, satu majlis khas diadakan di Masjid Jamiyah Ar-Rabitah semalam.
Dianjurkan oleh Kelompok Masjid Tengah Selatan (CSMC) dengan sokongan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram, telah menyampaikan tazkirah ringkas yang berteraskan tema "Mencontohi Pekerti Rasul, Rahmatan Lil Alamin".