MASJID-MASJID digalak memikirkan cara merakamkan penghargaan bagi generasi perintis yang telah membantu membangunkan institusi masjid sejak 50 tahun lalu sempena sambutan hari kebangsaan Singapura tahun depan.
Demikian kata Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, semasa ditemui pada mesyuarat majlis masjid yang ke-49 di Masjid Sultan, semalam.