Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid dijangka sesak bagi solat Jumaat sempena cuti umum

Aug 05, 2015 | 06:32 PM



BANYAK masjid di sini dijangka sesak Jumaat ini (7 Ogos) memandangkan ia jatuh pada hari cuti umum, tetapi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) memberi jaminan masih terdapat beberapa masjid yang masih ada ruang untuk solat Jumaat.


Dalam satu kenyataan hari ini Muis mengeluarkan senarai masjid yang dijangka kurang sesak.


Masjid-masjid itu ialah Al-Amin di Telok Blangah; Hajjah Rahimabi di Balestier; Jamiyah Ar-Rabitah di Tiong Bahru; Muhajirin di Braddell; Mujahidin di Queenstown; Ar-Raudhah di Bukit Batok; Jamae Chulia di Chinatown; Petempatan Melayu di Sembawang; Bencoolen di Bencoolen Street; An-Nahdhah di Bishan; Omar Salmah di Caldecott; Omar Kampong Melaka di Clark Quay; Moulana Mohd Ali di Raffles Place; Al-Huda di Sixth Avenue; Al-Firdaus di Lim Chu Kang; Kampong Siglap di Marine Parade; Alkaff Upper Serangoon di Potong Pasir; dan Haji Yusoff di Kovan.


Jumaat ini menandakan permulaan cuti panjang hujung minggu sempena sambutan Jubli Emas Singapura (SG50), yang berlangsung hingga Isnin depan (10 Ogos).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >