Masjid Haji Muhammad Salleh Palmer Road jalani peningkatan

MASJID Haji Muhammad Salleh di Palmer Road akan menjalani kerja-kerja peningkatan, justeru ia akan ditutup untuk sementara waktu tidak lama lagi.

Jemaah yang biasa menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut digalak ke masjid lain di kawasan berdekatan sepanjang tempoh kerja-kerja peningkatan itu sehingga pertengahan tahun depan.

Ini kerana ruang solat sementara yang disediakan hanya boleh memuatkan sekitar 300 jemaah.

Jumlah ini kurang separuh daripada 700 jemaah yang boleh dimuatkan dalam masjid berusia 112 tahun itu kini.

Ini dinyatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat terakhir di masjid tersebut sebelum ia ditutup.

Masjid yang dibangunkan pada awal abad ke-20 itu sering digunakan pekerja di Kawasan Pusat Bandar (CBD).

Sepanjang tempoh menjalani kerja-kerja pembaikan, jemaah boleh ke Masjid Jamae Chulia di South Bridge Road, Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Telok Blangah atau Masjid Al-Amin di Telok Blangah Way.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 25
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.