MASJID, madrasah serta institusi lain memainkan peranan penting mendedahkan masyarakat kepada teknologi supaya mampu mengambil bahagian dalam Negara Bijak.
Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, berkata bahawa masyarakat harus sedar akan pentingnya membangunkan kemahiran dan keselesaan dalam menggunakan teknologi.