Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Mujahidin lancar video galak masyarakat "menghijau"

Jun 16, 2016 | 10:46 AM



MASJID Mujahidin telah melancarkan projek #GreenUmmah dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan sumber semula jadi.



Sebagai permulaan, ia telah menerbitkan sebuah video 'Eco Wudhu' yang menggalak masyarakat Islam untuk menjimat air sewaktu mengambil air sembahyang.



Bertajuk 'Project #GreenUmmah - Eco Wudhu' ia boleh ditonton di laman www.youtube.com



Demi memastikan video ini menarik perhatian masyarakat dan menepati matlamat yang ingin dicapai, ia telah mendapatkan khidmat pengarah prolifik, Encik Sanif Olek, untuk membangunkan konsep dan menerbitkan video tersebut.



Dalam kenyataannya, pihak Masjid Mujahidin berkata, usaha yang dilakukan ini "bertujuan mengurangkan pembaziran dan menjimat air sesuai dengan sunnah Rasulullah".



melahirkan penghargaan atas sokongan masjid-masjid di sini terhadap projek tersebut.



"Alhamdulillah satu penerimaan yg sangat baik mengenai Projek #GreenUmmah yang dijalankan dengan sokongan semua masjid-masjid di Singapura di Pelancaran Kempen Sentuhan Ramadan di Masjid Al-Iman (pada 29 Mei lalu).



"Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan pada semua staff (kakitangan) dan relawan yang telah bersama memberi sokongan dan akan terus membantu menjalankan usaha projek ini yang berterusan.



"Semoga Allah swt memberi panduan dan memberkati segala usaha yang murni ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >